1) ISU KALIMAH ALLAH :”Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh
keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah
digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga,”
2) ISU KALIMAH ALLAH: “Saya tidak bersetuju dengan pendapat Mohd. Asri,
sebagai orang Islam, saya tetap tegaskan bahawa kalimah Allah hanya hak agama dan umat Islam, bukan Islam tiada hak menggunakan kalimah suci itu,”
3) ISU KALIMAH ALLAH: “Majlis Syura Ulama PAS tidak akan menarik balik
atau berbincang apa-apa lagi mengenai isu ini. Ia melibat kan akidah,
bukan sesuatu yang boleh mendapat kelonggaran,”
4) HUBUNGAN
POLITIK DENGAN PKR:”Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah
meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah
berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan
hubungan di dalam Tahaluf Siyasi,”
5) HUBUNGAN POLITIK DENGAN
PKR:”Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah
jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan
pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi
terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS,”
6)
MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Secara umumnya bahawa bukan sahaja
hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat
keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia”.
7) MEMBIDAS
KATA-KATA KARPAL SINGH: “Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak
bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat
mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara
kolektif,”
8) HIMPUNAN BLACK505: “Ketua Dewan Ulama PAS Datuk
Harun Taib mengulangi bahawa parti itu tidak secara sukarela menganjur
atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu (Black 505) kerana telah
menerima keputusan pilihan raya umum ke-13,”
9) HIMPUNAN
BLACK505: “Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk
membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka
membantah itu (keputusan pilihan raya),”
10) HIMPUNAN BLACK505:
“Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang
membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum,”.
No comments:
Post a Comment