Thursday, April 19, 2012

Apa MB N9 buat tu?

Ooo..
Rupanya Tok Mat, MB N.Sembilan sedang makan bersama-sama rakyat..

Ingatkan buat apa tadi?

Tanpa sebarang protokol dan tanpa sebarang hidangan VIP beliau nampaknya tak kesah makan dengan cara sebegitu.

Strategi? Ada pulak pecacai pakatan haram cakap, nak dekat PRU baru nak buat camni!
Opss Silap tuduhan itu!

Memang Tok Mat Hassan ni seorang yang begitu humble.

Kalau dikenduri kendara dia makan sampai dengan duduk besila beramai-ramai, di majlis rasmi pun kadangkala dia menolak untuk makan di meja vip sebaliknya beliau lebih gemar makan bersama-sama orang ramai.

Bukan niat nak heboh benda ni, cuma kadang-kadang pecacai DAP selalulah jaja gambar pok nik dan Guan Eng makan nasi bungkus di warung makan macam gambar diatas.

Pemimpin UMNO pun ramai yang sebegini cuma kadangkala kita tak hebohkan saja! 

TQ juga untuk Anak Seberang

Sunday, April 15, 2012

Bila-bila masa dah boleh di adakan PRU13 - Tun M



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berpendapat bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) wajar diadakan dalam masa terdekat memandangkan sokongan rakyat terhadap kerajaan sekarang berada pada tahap yang baik.


Beliau berkata, ini memandangkan tempoh masa yang tinggal sudah tidak lama lagi iaitu menjelang pertengahan tahun depan.Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada April tahun depan.


"Saya fikir takkan lama lagi dah sebab dah tak ada masa, cuma setakat pertengahan tahun depan saja. Kalau rakyat beri sokongan yang baik, masa itu adalah pilihan raya.


"Bila kita nampak boleh menang, bolehlah diadakan pilihan raya. Kita ikut sistem British, dalam sistem British bila Parlimen tamat, pilihan raya diadakan," katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM).


Beliau berkata, melalui sistem berkenaan ia memberi peluang kepada kerajaan yang memerintah untuk menilai tahap populariti dan sekiranya merasakan diri mereka boleh menang, maka pilihan raya akan diadakan.


"Sekarang pun nampak bagus juga (untuk diadakan pilihan raya)," katanya ketika diminta pendapat mengenai tarikh sesuai diadakan pilihan raya.

Sumber : n9kini.net

Saturday, April 14, 2012

PERHIMPUNAN BANTAH PTPTN: Provokasi pembangkang kudakan mahasiswa, GAGAL!



Ternyata Perhimpunan Bantah PTPTN hari ini berhadapan dengan kegagalan kumpulan mahasiswa bagi mendesak pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Terbukti jelas, bila dilaporkan hanya 300 orang sahaja yang menyertai demonstrasi pemansuhan PTPTN ini, manakala rancangan asal untuk berarak dari Padang Merbuk ke Dataran Merdeka juga tidak berjaya kerana difahamkan perarakan bermula di Masjid Jamek hingga ke Sogo.

Bukankah Adam Adli didakwa mempunyai sokongan beribu mahasiswa, kenapa nak mengumpulkan 5,000 orang peserta pun tidak mampu? 


Begitu juga dengan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang dikatakan mewakili puluhan ribu mahasiswa lain di merata tempat dalam negara.

Kemana mereka semua?

Mahasiswa ke ni?
Pada masa yang sama, PN9 dengar... Bukan semua yang hadir adalah mahasiswa tapi kutu jalan yang dipungut untuk meramaikan peserta, benarkah begitu?

Nak salahkan polis, tidak ada sekatan jalan atau ‘penguncian’ bandar yang dilakukan seperti demonstrasi Bersih 2.0 dahulu. Jadi, dimana silapnya sehinggakan jumlah kehadiran peserta demonstrasi amat mengecewakan sekali.

Seolah-olah perkara ini telah diblackout sepenuhnya.

PN9 juga mendapat khabar dari puak-puak dalaman pembangkang itu sendiri, yang mana kononnya demonstrasi ini gagal atas 2 sebab yang dikenal pasti sebagai punca utama.



Pertama, kerana kesilapan meletakkan Adam Adli yang punyai macam-macam hal antaranya kejadian di Flat Kg Kerinchi tempoh hari jelas menunjukkan penolakan masyarakat terhadap kehadirannya yang hanya disifatkan ‘pengacau’ di beri mandat mengetuai demonstrasi ini.


Kedua, kegagalan menjelas dengan sepenuhnya perincian bagaimana Pemansuhan PTPTN dan Pendidikan Percuma ini akan dilaksanakan nanti atau dengan bahasa mudah, nampak seperti menyalak tak tentu arah saja semuanya ni... 

Dan ada juga blog pro-pembangkang mengatakan, bahawa demonstrasi hari ini GAGAL, MEMALUKAN DAN MENGHABISKAN BERAS SAHAJA..


Pendapat PN9:
Rakyat hari sudah bijak berfikir yang mana kaca dan yang mana permata. Apa yang belaku hari ini juga tidak lain dan tidak bukan hanyalah provokasi pembangkang dengan memperkudakan mahasiswa didalam usaha meraih simpati mendapatkan undi kemenangan pada PRU13 akan datang.... Dah tak ada cara lain ke, daripada cara menyusahkan orang sebegini?

Sunday, April 8, 2012

Program Jelajah Janji Ditepati (JJD), bukti BN berpegang pada janji.



“Sepanjang 55 tahun BN mentadbir negara, dapat simpulkan dua sebab besar mengapa hari ini lebih baik daripada semalam. Insya-Allah, esok lebih baik daripada hari ini, sebab kita (BN) tidak lari daripada berpaksikan rakyat dalam apa juga yang kita lakukan.


“Bermula dengan perjuangan menentang Malayan Union, menuntut kemerdekaan dan menentang komunis, kita mengutarakan konsep memenangi hati dan pemikiran rakyat termasuk dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan dasar pembangunan nasional yang semuanya berpaksikan kepentingan rakyat yang sentiasa didahulukan.


“Kita buat segala-galanya berdasarkan kehendak rakyat, laksana dan tunaikan apa yang dijanjikan kepada mereka. Semua ini menjadi tonggak keyakinan rakyat untuk terus meletakkan amanah kepada BN kerana keyakinan yang semakin tinggi,” 


Tidak seperti pembangkang, kini umpama kilang mengeluarkan pelbagai janji tetapi gagal memenuhinya termasuk janji terbaru menghapuskan pinjaman Pembiayaan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).


“Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 12 lalu, berapa banyak janji yang mereka buat tetapi tak banyak yang ditunaikan. Di Selangor misalnya, berapa banyak janji tidak ditunaikan termasuk kepada setiap kelahiran bayi, anak-anak peringkat tadika, suri rumah, belia dan ibu tunggal,” 


Berikutan itu, diingatkan kepada rakyat supaya jangan sampai tertipu lagi buat kali kedua pada pilihan raya umum akan datang dengan pelbagai janji manis pembangkang.


“BN sentiasa menepati janji dan kita akan teruskan, tetapi jangan biarkan diri kena tertipu buat kali kedua dan ditelan janji pembangkang yang sentiasa saja ada janji baru,” 


“Kita mahu dasar transformasi didukung setiap lapisan masyarakat dan rakyat, termasuk belia dan NGO sebagai kesepaduan dalam memajukan negara. Kita mahu ia memberi kesan sebenar dan menghasilkan faedah kepada rakyat. 


Sebagai mengukuhkan imej dan kesediaan kerajaan BN di mata rakyat, dimana apabila berjanji, kita akan menunaikannya. Dengan pegangan itu juga lah, Program Jelajah Janji Ditepati (JJD) dilancarkan oleh YAB. Perdana Menteri dan dengan hasrat,  JJD ini akan di bawa menjelajah ke seluruh negara mengikut wilayah, mungkin perluaskan ke Sabah dan Sarawak, Utara dan Pantai Timur, akhirnya menjadi saksi kepada 'apa yang akan dikata, segalanya akan di kota' 


Demikian lah hasrat serta antara kenyataan Perdana Menteri di hadapan hampir 70,000 hadirin pada pelancaran program Jelajah Janji Ditepati (JJD) peringkat kebangsaan, di Stadium Batu Pahat, semalam.  


'Janji BN Janji Ditepati'
Nota 'Janji Ditepati'

Wednesday, April 4, 2012

BONGKAR! Taufik Paroi seleweng duit dan PAS NS harus ditolak.


Kemana ADUN Paroi YB Taufik Abd Ghani mahu pergi?  Dengan lagak sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, berucap mengalahkan guruh berdentum di langit.

Tapi memang tak pelik dengan sikap puak-puak yang gilakan kuasa seperti ini... Cakap memang handal, buat habuk pun tarak. Hujung-hujung rakyat juga tertipu dengan dakyah-dakyah mereka.

Ini buktinya... PNS dapat lihat pendedahan dari sebuah blog yang menyatakan Taufik dilihat sebagai seorang angkuh dan bongkak setelah bergelar Pesuruhjaya PAS di Negeri Sembilan. Sikap Taufik mengenepikan orang lama seperti Zulkefly Mohamad Omar untuk jawatan Tim. Pesuruhjaya Pas 1 telah menimbulkan kebencian dikalangan ahli PAS Negeri Sembilan sendiri. Taufik kini di gelar  “Kacang Lupakan Kulit” “Kawan Makan Kawan” 

Bukan itu saja, Taufik juga dikatakan telah lakukan penyelewengan wang untuk ke Umrah, lari dari membayar hutang dengan Bendahari Perhubungan PAS N.Sembilan dengan nilai ribuan ringgit. Ini buktinya!


Dengar khabarnya, keratan surat di atas ini adalah sebahagian daripada surat yang telah dijumpai. Dan akan ada lagi pendedahan seterusnya daripada isi kandung surat tersebut. Pendedahan demi pendedahan akan dilakukan oleh blog ini untuk menunjukkan siapa sebenarnya pemimpin yang dipilih oleh kawasan DUN Paroi dan Ahli PAS N.Sembilan. 

Maka benarlah, ramai kata orang khususnya dikalangan ahli parti PAS menegaskan bahawa Adun Paroi itu tidak layak untuk jawatan No 1 di dalam Pas Negeri kerana dikatakan tidak mempunyai disiplin sehingga terpaksa meletakkan jawatan sebagai s/u kerja Pas satu ketika dahulu.

Ahli-ahli parti PAS juga tidak senang dengan sikap beliau yang sambil lewa bagi mengatasi masalah penipuan dan penyelewengan didalam parti itu sendiri.

Pendapat PNS pula, bukan hanya Taufik saja yang tidak layak memimpin. PAS juga harus terkubur di N.Sembilan  kerana PAS adalah parti yang bertopengkan agama semata-mata. Hakikatnya bersifat busuk dalam perilakunya.

UNDI PAS = UNDI DAP!