Friday, September 30, 2011

ISU HUDUD: Buku Jingga tak berguna bagi Nik Aziz? Klik baca sini...

Dengan cara halus lagi licik,sebenarnya mereka menolak perlaksanaan hudud di Kelantan seperti yang dicadangkan  TGNA ( Datuk Nik Aziz Nik Mat).


Kalau kita ambil secara reverse, keputusan semalam (Rabu malam) bermakna "kalau TGNA masih berkeras mahu melaksanakan hudud di Kelantan, bermakna TGNA melanggar Perjanjian Persefahaman 18 Dis & Dasar Buku Jinggay!".

Itulah sebenarnya kesan keputusan semalam (28 September).

Itu antara ulasan Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu,Zulkifli Nordin  mengenai keputusan mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang Rabu malam.

INI KENYATAAN PENUH YB ZULKIFLI NORDIN...

Salam 2 all.

"Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini, sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama [iaitu Deklarasi Perjanjian Persefahaman 18 Dis] dan Buku Jingga".

Itulah kenyataan bersama kepimpinan PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e yang bermesyuarat selama 3 jam malam semalam membuat satu keputusan yang cukup jelas: kami faham hasrat TGNA nak laksanakan hudud di Kelantan tapi kami MENOLAKNYA kerana bertentangan dengan dasar PaLut! Itulah rumusan yang boleh dibuat daripada kenyataan berputar-belit Anwar Ibrahim selepas mesyuarat semalam!

Sebenarnya keputusan mesyuarat kaum PaLut semalam boleh disimpulkan dengan dua perkara yang jelas iaitu:

1. Dengan cara halus lagi licik, sebenarnya mereka menolak perlaksanaan hudud di Kelantan seperti yang dicadangkan TGNA. Kalau kita ambil secara reverse, keputusan semalam bermakna "kalau TGNA masih berkeras mahu melaksanakan hudud di Kelantan, bermakna TGNA melanggar Perjanjian Persefahaman 18 Dis & Dasar Buku Jinggay!". Itulah sebenarnya kesan keputusan semalam. Bermakna mereka menyebelahi pendirian kaum cauvinis biaDAP dan tunduk kepada desakan Karpal dan ugutan Guan Eng! Ini satu tempelak kepada TGNA. Ini satu penghinaan kepada TGNA; kerana TGNA yang cabar biaDAP keluar Pakatan kalau tidak mahu hudud dilaksanakan di Kelantan, tau-tau Anwar dan kaumnya tunduk dan mengikut telunjuk Karpal, Kitsiang, Guan Eng dan parti cauvinis biaDAP!

2. Tetapi isu yang lebih besar yang perlu umat dan rakyat, khususnya ahli PAS faham ialah Deklarasi Perjanjian Persefahaman 18 Dis & Dasar Buku Jinggay sebenarnya secara halus dan licik menolak Islam! Jelas bahawa dasar kaum PaLut ialah tidak akan menubuhkan sebuah Negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam (termasuk hudud, qisas & ta'zir) jika Pakatan dapat menjadi Kerajaan!!!
Ini yang perlu orang PAS faham. Sebab itulah Datuk Seri Azizan terpaksa sebut "Kerajaan PAS Kedah tidak akan laksanakan hudud, kerana kita perlu rujuk dan mendapat persetujuan biaDAP dan PKR dahulu". Sebab itu Haji Hadi tiba-tiba jadi buta tolak negara Islam kerana "takde dalam Quran". Kepimpinan PAS telah menjadi "syaitan bisu" bila berdepan dengan isu hudud ini.

Teman cukup yakin ramai dikalangan mereka berharap TGNA akan tutup mulut, sebab akan memecahkan tembelang bahawa mereka sebenarnya sudah bersetuju dengan persekongkolan bersama biaDAP & PKR bahawa PAS tidak akan tubuhkan negara Islam & laksanakan undang-undang Islam. Sebenarnya, kepimpinan PAS telah menjadi politikus kalkatus yang telah menjual dan menggadai perjuangan PAS untuk menubuhkan Daulah Islammiyyah & melaksanakan undang-undang Islam kerana terpedaya dengan pukauan cahaya mahkota Putrajaya. DAN ramai ahli PAS tidak tahu hakikat dan kebenaran ini!!!

Anwar menyatakan bahawa kaum PaLut tetap dengan dasar mematuhi dan melaksanakan Perjanjian Persefahaman 18 Dis 2009 dan Dasar Buku Jinggay. Apa yang jelas kedua-dua dokumen tersebut tidak menerima penubuhan sebuah negara Islam dan perlaksanaan syariat termasuk hudud sebagai dasar kaum PaLut jika memerintah. Ini yang telah teman sebut banyak kali sejak daripada dahulu lagi, dan menjadi antara sebab akhirnya teman dipecat kerana tidak bersetuju. Kerana pada teman, Perjanjian Persefahaman 18 Dis itu sebenarnya menggadai Islam dengan cara halus, menolak tanpa menyebut; betul-betul cara Yahudi la'natullah!

Dan cukup jelas, selain TGNA, kepimpinan PAS yang lain tunduk kepada kehendak, ugutan dan desakan biaDAP. Ini kerana ramai barisan kepimpinan PAS yang turut hadir dalam mesyuarat 3 jam itu. Kaum biaDAP pula diwakili oleh juara kafir-harbi la'natullah mereka Kitsiang dan Karpal. Setelah 3 jam berbincang, apa yang jelas ialah kepimpinan PAS yang hadir tunduk kepada ugutan dan tuntutan biaDAP. Seorang pun tak bersuara mempertahankan cadangan TGNA untuk melaksanakan hudud di Kelantan semasa didalam sidang akhbar tersebut. Kasian TGNA berseorangan nampaknya!

Teman pelik jugak yop, apa agaknya yang hebat sangat kaum cauvinis biaDAP ni sampai Anwar dan kaum Anwarinas begitu takut dengan mereka. Adakah kerana Karpal "tahu banyak rahsia Anwar"? Jangan lupa Karpal yang mendedahkan kegiatan homoseks dan liwat Anwar dalam Parlimen pada 22.10.1997, siap dengan kata ada bukti lagi. Jangan lupa mentor Kitsiang & Anak Jantannya iaitu Lee Kuan Yew pernah sebut "Bahagian Keselamatan Singapura mempunyai "bukti teknikal" tentang "kegiatan" Anwar". Teman sudah sebut banyak kali, isu-isu ini boleh diguna oleh mereka yang berkenaan untuk mengugut dan menekan Anwar Ibrahim apabila ada keperluan. Cuba bayang baru berapa hari lepas Anwar buat kenyataan konon menyokong hudud, tau-tau dalam kenyataan semalam langsung dia tak berani sebut dia menyokong TGNA untuk melaksanakan hudud!

Apapun, pada teman, keputusan kaum PaLut saperti yang dinyatakan oleh Anwar semalam jelas satu penghinaan besar kepada Kerajaan TGNA, dan kepada peribadi TGNA sendiri. Kerana TGNA sendiri yang mencabar Karpal & kaum biaDAP untuk keluar Pakatan Luar Tabi'e ini jika tidak setuju dengan kehendak TGNA untuk melaksanakan hudud di Kelantan. Karpal & kaum cauvinis biaDAP menjawab TGNA sudah nyanyuk (kerana lupa Perjanjian Persefahaman 18 Dis), seorang tua yang merengek mahukan perhatian (macam kata Azmin Ali kepada Mustafa Ali dulu), dan anak jantan Kitsiang siap ugut nak keluar PaLut jika TGNA teruskan hasrat. Akhirnya mereka tolak perlaksanaan hudud di Kelantan sebagai tidak termasuk dalam dasar kaum PaLut. Ini sudah tentu memalukan TGNA, kerana TGNA dah cabar biaDAP keluar kalau tak mahu hudud. Alih-alih TGNA yang dihina sekarang!
Pada teman, jalan paling terhormat untuk TGNA sekarang ialah mengeluarkan fatwa supaya PAS hendaklah keluar daripada Pakatan dan bergerak sendirian. Atau kalau PAS sendiri masih tunduk kepada desakan dan kehendak biaDAP, maka sangat wajar TGNA membawa Kerajaan PAS Kelantan keluar daripada Pakatan dan bergerak sendirian. Inilah jalan paling selamat bagi TGNA. TGNA sudah tentu tahu bahawa yang nak menjawab dengan ALLAH nanti ialah beliau sendiri. Masa tu Haji Hadi tak boleh tolong, Mustafa Ali tak boleh bantu, Mat Sabu entah kemana masa tu, Anwar mungkin sibuk bersilat dengan malaikat nak mintak tangguh, Karpal, Kitsiang & Guan Eng entah ke tengah kena rebus dah!

Dan kalau TGNA ikhlas mahu melaksanakan hudud, qisas & ta'zir di Kelantan, teman akan menjadi orang pertama menyokong TGNA dan akan membantu sedaya upaya supaya impian TGNA itu tercapai. It's better die trying, rather then living with nothing!

MENDIRIKAN DAULAH ISLAMIYYAH ITU JIHAD!
MELAKSANAKAN SYARIAT ISLAM ITU JIHAD!

Wallahua'alam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
01 Zul Qaedah 1432
29 Sept 2011

Thursday, September 29, 2011

PAKATAN RAKYAT TOLAK HUDUD ???? APA KORANG NAK CAKAP WAHAI JUMUD PAS

TERKINI!!! Keputusan Mesyuarat Pakatan..

Keadaan dalam bilik mesyuarat Pakatan.. Nampak sangat Kit Siang dengan Karpal yang dominan...

Hahahahaha..., seperti yang dijangka.., keputusan sebulat suara mesyuarat Pakatan telah bersetuju bahawa Hudud tak akan dilaksanakan..

Anwar selaku Ketua Umum Pakatan mengisytiharkan bahawa Hudud tiada dalam agenda Pakatan Rakyat..

So.., ni bermakna PAS hanya mengalami ejakulasi Pramatang apabila Nik Aziz beria-ia nak sangat Hudud dilaksanakan di Kelantan..

Sekarang ni apa kata Nik Aziz dan puak-puak PAS semua? Gua yakin Karpal dan Kit Siang dah berjaya manipulasi Anwar untuk tolak Hudud PAS..

Macam kata Nik Aziz hari tu.., dia suruh DAP keluar Pakatan kalau tak setuju dengan Hudud.. Now.., berani ke PAS keluar Pakatan bila majoriti dalam tu tak setuju Hudud dilaksanakan?

PAS dan Nik Aziz takut kat Tuhan or takut pada Anwar dan DAP????? Cer cite...cer cite...

Wartawan media sedang beraksi...

Tuesday, September 27, 2011

PENYOKONG PAKATAN RAKYAT BALING BATU KEARAH MAT SABU DI SEREMBAN

Seremban - PAS kawasan Seremban mendakwa tindakan mereka yang membaling batu menyerang dan menimbulkan  kekecohan pada majlis  Aidilfitri serta ceramah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di Ampangan kelmarin adalah tindakan  dirancang.

Yang Dipertua Pas kawasan Seremban, Mk Ibrahim Abd Rahman berkata, bentuk serangan yang dilakukan pihak terbabit jelas menunjukkan mereka telah menyusun strategi daripada peringkat awal.

"kita berpendapat ia tindakan dirancang sebab ia dilakukan secara langkah demi langkah. Kehadiran mereka pada malam itu bukan mahu menyerahkan memorandum, kerana sebarang kertas pun kita tidak nampak."

Kalau ianya terancang tentulah ada orang dalam yang rancang sebab orang dalam saja yang tahu apa  yang telah dirancang. Untuk pengetahuan MK Ibrahim yang membuat serangan itu sebenarnya adalah ahli Pakatan rakyat yang tidak puas hati dengan Mat Sabu.

Hanya orang Pakatan Rakyat sahaja yang berani menyerang dikubu sendiri dan perangai ini hanyalah perangai militan PAS dan juga  samseng Pakatan Rakyat. Menurut  MK Ibrahim lagi protes yang dianjurkan ini menghalang sistem demokrasi negara. MK Ibrahim mungkin lupa akan protes BERSIH , tidak kah protes BERSIH menghalang sistem demokrasi negara.

Apa yang berlaku ini memberikan gambaran bahawa rakyat sudah bosan dengan cara  kepimpinan PAS sehingga ahli PR sendiri sanggup melakukan protes terhadap  Pemimpin tertinggi mereka.

Saturday, September 24, 2011

DAP tetap tentang 'HUDUD'...

DAP terus berkeras akan menentang sesiapa sahaja yang mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini termasuk sekutu mereka dalam pakatan pembangkang, Pas.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, parti itu juga membantah cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

“Cadangan Nik Abdul Aziz itu boleh menjejaskan kesepakatan Pakatan Rakyat (PR) dalam menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya semalam.

Karpal secara sinis berkata,bukan mudah bagi Pas untuk melaksanakan hudud di Kelantan sekalipun jika tidak ditentang oleh DAP

“Pendirian Pas bercanggah dengan dasar pakatan pembangkang dan bercanggah dengan apa yang sudah ditetapkan Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara.

“Apa juga undang-undang berhubung kesalahan jenayah adalah termasuk dalam bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau juga hairan dengan kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara peribadi menyokong hasrat Nik Aziz menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

Anwar dalam satu kenyataan kelmarin menyokong Menteri Besar Kelantan itu yang sudah lebih sedekad berhasrat mahu melaksanakan hudud sambil berkata, undang-undang itu turut melindungi hak bukan Islam.

Karpal berkata, cadangan Nik Aziz mewujudkan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud sebagai membelakangi keputusan Muktamar Tahunan Pas ke-57, pada Jun lalu yang menukar dasar penubuhan negara Islam kepada negara berkebajikan.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu tidak sekali-kali akan bersetuju dengan cadangan Pas melaksanakan hudud.

“Pendirian kita konsisten dalam perkara ini. Bagaimanapun DAP tetap boleh bekerjasama dengan Pas dalam hal-hal yang lain, yang kita sudah persetujui bersama sebelum ini, tidak termasuk hudud,” katanya.

Menurut Guan Eng, manifesto PR yang sudah dipersetujui ketiga-tiga parti tetap akan menjadi komitmen bersama.

“Perkara itu sudah dinyatakan dengan jelas dalam Buku Jingga. Hudud tidak termasuk dalam persetujuan bersama itu. Oleh itu, ia hanya pandangan peribadi Nik Aziz ataupun parti Pas saja,” katanya.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, dalam laman sosial :Twitter :berkata, DAP konsisten dengan pendirian menolak penubuhan negara Islam serta hukum hudud yang dicadangkan PAS dan menganggap ia tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.

Kit Siang berkata, hasrat Pas menubuhkan negara Islam dan hukum hudud bertentangan dengan dasar pakatan itu sebelum ini dan sebarang perubahan perlu diputuskan ketiga-tiga parti.-SH-

Friday, September 23, 2011

Nik Aziz Kata Kelantan Kondusif Hudud, Kenapa 17 Tahun Tertangguh?

Oleh Ali Salleh
Sama ada sebab politik atau memang tidak mahu laksana, hudud dan qisas Kelantan sudah 17 tahun tertangguh. Undang-undang sudah ada namun apa yang kerajaan Pas tunggukan lagi.

Tetapi Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam kenyataannya kepada media berkata, hukum hudud masih belum sesuai dilaksanakan di negara ini, termasuk Kelantan, kerana Malaysia tidak mencapai tahap suasana kondusif sebelum melaksanakan syariat Islam itu.

Katanya jika dilaksanakan juga, ia akan menimbulkan ketidakadilan kepada semua pihak dalam masyarakat majmuk di negara ini. Ini kerana kefahaman terhadap hudud sama ada orang Islam dan bukan Islam masih cetek serta kemiskinan, masalah sosial dan jenayah masih berleluasa.

Bagaimana hudud hendak dilaksanakan sedangkan Kelantan hadapi masalah sosial semakin buruk biarpun di bawah naungan Pas membangun bersama Islam.

Ini terbukti apabila Kelantan duduk ditangga teratas jumlah orang yang menghidap HIV/AIDS berbanding negeri-negeri lain. Mengikut statistik Kementerian Kesihatan, nisbah orang yang dijangkiti HIV/AIDS ialah 28.8 dari setiap 100,000 rakyat negeri ini.

Kadar nasional hanya 12.9 daripada 100,000.

Kelantan juga mencatatkan peningkatan mendadak bilangan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun dalam musim perayaan ini dan Lebih malang dalam kebanyakan kes, mangsa dirogol secara bergilir-gilir.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam tempoh seminggu sebelum dan selepas 1 Syawal lalu jenayah itu bertambah mendadak. Beliau yang bimbang jenayah rogol secara bergilir-gilir menjadi trend terkini remaja di negeri itu bagaimanapun tidak menyatakan bilangan kes dalam tempoh itu.

“Walaupun kes dicatatkan masih rendah iaitu 197 sepanjang lapan bulan pertama tahun ini berbanding 206 kes dalam tempoh sama tahun lalu, tetapi ia meningkat dalam tempoh dua minggu lalu,” katanya.

Malangnya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak kenyataan Bekas Mufti Perak itu bahawa Malaysia terutamanya Kelantan belum kondusif untuk melaksanakan undang-undang Hudud dan Qisas.

Beliau, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata pelbagai usaha dilakukan Pas terutama di negeri Kelantan untuk menjayakan suasana kondusif bagi membolehkan hudud dilaksanakan di negeri itu sejak undang-undang hudud diluluskan pada 1993.

Katanya, kerajaan Pas telah melaksanakan pelbagai program kebajikan untuk meningkatkan ekonomi rakyat sebelum melaksanakan hudud agar tidak timbul faktor kemiskinan menjadikan rakyat mencuri.

“Kita Al-it’am(iaitu pemberian beras secara bulanan kepada rakyat miskin), Al-Ziwaj (bantuan perkahwinan) dan projek ladang rakyat. Kita juga telah melantik orang yang mahir dalam ilmu fekah dan bukan ahli politik, untuk menjadi tok kadi dan tok hakim bagi melaksanakan undang-undang itu,” katanya.

Soalnya jika benar Kelantan sudah sedia laksana hudud, kenapa Pas tidak laksanakan hudud sekarang.
Adakah terlalu takut kepada parti anti Islam kepada DAP, sekutu pembangkang. Kesimpulannya apakah Pas kini takut kepada tuhan atau takut tidak dapat memerintah negara.

Jangan jadikan alasan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed pada ketika itu menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan, kerana ia sudah lama bersara. Kelantan sudah tiada halangannya.

DAP panas, bila terkena batang hidung sendiri...

BILA terkena batang hidung sendiri, barulah merasai bahangnya. Acap kali memprovokasi pihak lain tetapi bila membabitkan malu anggota atau pemimpin parti sendiri, tahu pula merayu pihak yang selalu menjadi bahan lekehnya untuk tidak pula mengecam partinya.

Itulah gelagat Setiausaha Kebangsaan DAP yang juga Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok ketika membela wakil rakyat partinya, ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan yang mendesak supaya ditukar Jalur Gemilang.

Dipetik oleh organ DAP, Roketkini baru-baru ini, Teresa meminta BN khususnya UMNO tidak memainkan isu itu untuk kepentingan politik dengan 'menyerang' Manoharan dan pakatan pembangkang di media arus perdana.

Sepatutnya, ujar Teresa, para pemimpin BN menumpukan lebih perhatian kepada isu yang jauh lebih penting iaitu berkenaan penggubalan dua undang-undang baru yang dikatakan akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Barangkali Teresa tidak mengerti atau pura-pura 'membutakan hati' dengan menganggap isu ditukarkan sahaja Jalur Gemilang yang dihasut oleh Manoharan hanya isu remeh dan akan lenyap begitu sahaja dari ingatan rakyat Malaysia apabila Manoharan memadamkan komen kontroversinya itu di facebook.

Cuba Teresa bayangkan jika hasutan Manoharan ini tidak dibantah keras di media arus perdana sehingga mencetuskan api amarah - mungkin Manoharan akan lebih angkuh lagi mahu mengubah sejarah warisan negara yang lain. 

Ironinya, kenyataan-kenyataan berunsur kontroversi daripada para pemimpin DAP bukan benda baru.
Di Sarawak pada kempen pilihan raya negeri itu April lalu, calon DAP, Violet Yong dikatakan menghina kaum Melanau dan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam satu ceramahnya di Kuching. Antara lain, dia menyebut, Abdul Taib tidak layak memerintah Sarawak kerana Ketua Menteri itu dari keturunan Melanau yang juga kaum minoriti di negeri itu. Tambahnya lagi, hanya Cina yang layak memerintah Sarawak kerana Cina majoriti di sini.

Sentimen perkauman diambil kesempatan secara licik oleh DAP dengan menguar-uarkan dalam kempen agresifnya mendesak pengunduran segera Abdul Taib tanpa belas kasihan. 

Mengundi BN, dakwa DAP, bermakna menyokong Abdul Taib untuk terus berkuasa. Sedangkan kalau direnung-renungkan kepimpinan Penasihat DAP yang juga penyandang kerusi Ipoh Timur, Lim Kit Siang, peguam, Karpal Singh serta Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga memasuki usia senja. 

Gelagat menghina kepimpinan kerajaan negeri Sarawak semakin teruk, poster Abdul Taib dipaparkan dengan ayat menghina dan mengundang rasa tidak puas hati penyokong dan ahli BN. 

Satu perkataan dalam ayat itu adalah 'asuk' yang bermaksud anjing dalam bahasa Sarawak bersama gambar seekor anjing berhampiran gambar Abdul Taib. 

Pemasangan poster itu yang turut diletakkan di beberapa kawasan awam khususnya tumpuan ramai termasuk Padang Merdeka, turut dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kemudian menurunkan bahan kempen berkenaan. 

Sepanjang kempen di Miri, DAP memasang pelbagai sepanduk memburukkan kerajaan BN di sepanjang laluan utama yang menjadi tumpuan ramai antaranya kawasan sekitar bulatan Pujut dan sepanjang Jalan Kuala Baram yang sentiasa sesak dengan lalu lintas terutama pada waktu puncak. 

Dan apabila Abdul Taib merasmikan gereja di Mukah, pembangkang mendakwa pula Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bukan orang Islam sejati, sedangkan kerajaan negeri mengamalkan ajaran Islam sebenar.
Paling ketara di Sarawak tempoh hari ialah konsep kempen DAP yang 100 peratus menampakan permainan sentimen perkauman. Apabila ada sebilangan orang Melayu bercakap berkenaan nasib bangsa Melayu dan hak-hak orang Melayu, maka akan kedengaranlah perkataan rasis. 

Tetapi apabila DAP terang-terangan menggunakan isu perkauman tiada orang yang membangkitkan perkataan rasis.

Berbalik kepada Manoharan, dia barangkali cuba meraih 'publisiti murahan' untuk memastikan namanya berada dalam fikiran rakyat tetapi dalam kaedah yang amat dangkal sekali.

Ternyata, Manoharan tidak belajar dari sejarah. Salah satu kutipan yang paling terkenal mengenai sejarah dan pentingnya kita belajar mengenai sejarah ditulis oleh seorang ahli falsafah Sepanyol, George Santayana. Katanya: "Mereka yang tidak mengenal masa lalunya, dikutuk untuk mengulanginya."

Ahli falsafah Jerman, Georg Wilhelm Friedrich Hegel pula mengemukakan dalam pemikirannya tentang sejarah: "Inilah yang diajarkan oleh sejarah dan pengalaman, bahawa manusia dan pemerintah tidak pernah belajar apa pun dari sejarah atau prin sip-prinsip yang didapati darinya."

Ungkapan ini diulang kembali oleh negarawan Inggeris, Winston Churchill. Kata beliau: "Satu-satunya hal yang kita pelajari dari sejarah adalah bahawa kita tidak benar-benar belajar darinya."

Teresa mungkin cepat bertindak apabila menolak pandangan Manoharan sebagai bukan melambangkan pendirian DAP dan mengingatkan Manoharan supaya lebih berhati-hati bila mengeluarkan sebarang kenyataan.

Namun banyak gelagat DAP selama ini dilihat melukakan hati orang Melayu. Antaranya cuba mahu menghalang perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang dan beberapa lagi. 

Dengan pelbagai pihak sedang giat dan teruja membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, 'kempen' secara agresif oleh pihak tertentu dipercayai akan mewarnai situasi pilihan raya umum kelak.

Apatah lagi difahamkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pun berdikit-dikit membuat persiapan menggerakkan proses PRU 13. Dikatakan sebilangan tender untuk bekalan alat-alat tulis ke seluruh pejabat SPR negeri yang akan digunakan oleh hampir 200,000 petugas baru sahaja ditutup. Peti-peti undi mana yang pecah dan hilang, telah dikira untuk diganti. 

Demikian juga dengan nama para pegawai pengurus (RO) dan timbalannya, senarainya sudah pun ada di tangan suruhanjaya. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pun telah dimaklumkan tentang jumlah kakitangan kerajaan yang akan dilibatkan untuk urusan pilihan raya.

Dalam sibuk memperkatakan isu Manoharan dan kenyataan 'membela' ADUN Kota Alam Shah oleh Teresa itu, di satu sudut lain, sikap acuh tak acuh Pas terhadap sekutunya itu menimbulkan banyak persoalan yang hingga kini belum terungkai.

Dengan Pas yang hanya bertanding sejumlah 67 kerusi Parlimen dari lebih 200 kerusi, sekali pun ia memenangi kesemua 67 kerusi itu, parti itu masih belum mampu untuk menjadi satu "force of simple majority" untuk membolehkannya membentuk kerajaan.

Dan yang lebih pasti, DAP tidak akan membenarkan Pas merampas leading role dalam kerajaan bayangan mereka.

Sumber : Utusan Online

Thursday, September 22, 2011

Wang pembinaan bangunan MAINS adalah wang pelaburan dan bukanya wang dari hasil kutipan zakat - MB

YB Paroi Taufek yang sengaja menimbulkan isu pembangunan yang akan dilaksanakan oleh MAINS adalah bersifat dengki semata mata. Alasan bahawa beliau lebih mementingkan pembelaan asnaf tidak munasabah kerana kerajaan  Negeri Sembilan telah melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan menjaga asnaf yang sepatut menerima bantuan sepatutnya.

Wang dilaburkan oleh kerajaan Negeri dalam pembinaan bangunan setinggi 15 tingkat bukanlah wang dari hasil kutipan zakat. Wang yang digunakan adalah wang pelaburan, menurut Menteri Besar Negeri Sembilan apabila dihubungi oleh Politik Negeri Sembilan. Jelas sudah apa yang mahu disebarkan oleh YB taufek adalah fitnah semata mata untuk dijadikan bahan politik fitnah PAS.

Berita sebelum ini

Wednesday, September 21, 2011

TAUFEK BENCI PEMBANGUNAN TAPI BILA ADA PEMBANGUNAN MENGAKU DIA YANG USAHAKAN - TAK MALU BETUL !!

YB Taufek (ADUN PAROI)  tidak perlu menyimpan perasan cemburu apabila Menteri Besar Negeri Sembilan mahu menempatkan MAINS ke satu taraf yang tinggi dalam arus pembangunan yang  sedang pesat  berlaku di Negeri Sembilan. Islam tidak menolak pembangunan.Jika YB Taufek sendiri gagal melakukan Pembangunan  khususnya untuk pembangunan di Paroi tetapi apabila siap mana mana pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN sebagai usahanya pula. Beliau akan canang  di setiap ceramahnya kononnya pembangunan masjid Paroi umpamanya adalah projek usahanya sedangkan projek masjid Paroi adalah usaha kerajaan BN

YB tak perlu menyalak kononnya  Asnaf di Negeri Sembilan memerlukan bantuan seolah olah kerajaan Negeri Sembilan dan MAINS tidak membantu asnaf yang memerlukan bantuan, Mungkin PAS Negeri Sembilan tidak membantu , mungkin YB sendiri tidak membantu tetapi MAINS dan kerajaan  Negeri Sembilan cukup prihatin. Jangan lah diambil kes kes terpencil dan kes kes yang di putar belitkan fakta sebenar untuk dfijadikan isu.Dalam Blog YB Taufek beliau mengutuk akan pembangunan yang dilakukan dan beliau mengutuk MAINS mendirikan  bangunan 15 tingkat sebagai lambang Islam membangun pesat. Bangunan ini sebenarnya akan menjadikan  umat islam di Negeri Sembilan untuk menjadi lebih efisien  dan aktif kerana mempunyai bangunan  dan kemudahan prasarana untuk merancang kegiatan dan perkembangan pesat Islam di Negeri Sembilan.

Jika kita rujuk Blog YB Taufek , tidak ada sebarang  pembangunan mahupun kebajikan yang YB ini lakukan sepanjang menjadi YB melainkan mengutuk kerajaan dengan kes kes terpencil umpamanya ada budak yang tertinggal bas dan tunggu 2 jam untuk mendapatkan bas di Jelebu sedangkan ratusan yang menunggu bas di Jelebu tidak pula membuat laporan kerana ianya bukan lah  kes normal tetapi hanyalah kes terpencil kemungkinan masa itu ada bas yang rosak ataupun ianya tidak pernah berlaku tetapi di ada adakan oleh YB taufik sendiri.

YB Taufek dan kepimpinan PAS semuanya sama , kutuk bagai nak rak pembangunan di Putrajaya tetapi mahu menawan Putrajaya. Kutuk bangunan kerajaan yang mirip dan konsep Putrajaya tetapi kini diam diri menduduki kawasan berkenaan Sudah sampai masanya kita menolak YB yang hanya banyak berceramah ini dari bekerja, Paroi patut di kembalikan kepada Barisan Nasional setelah pengundi dikelirukan oleh penceramah PAS dalam PRU12 yang lalu dengan janji janji manis yang kosong belaka.

oleh : HUDA   politik NS

Tuesday, September 20, 2011

Bard tak tahu sejarah - kini diarah belajar dari guru sebenar bukannya Mat Sabu..(Nik Aziz sendiri tengah belajar)

Jika kita lihat slogan Chegu Bard di blognya sungguh memberangsangkan. PERJUANGAN ADALAH PELAKSANAAN KATA KATA. Hebat erti perjuangan Chegu Bard ini. Perlakasanaan kata kata adalah satu perjuangan, MALANGNYA KATA KATA CHEGU BARD PENUH DENGAN FITNAH DAN PEMBOHONGAN. Ini bermakna perjuangan Chegu Bard penuh fitnah dan pembohongan .

Macam mana  Chegu Bard mendapat gelaran sebagai Chegu tidak siapa yang tahu , hanya dia yang tahu dan hanya dia yang memulakan panggilan Chegu pada dirinya pada hakikatnya tidak kah dia berasa malu apabila seorang Chegu tidak tahu sejarah, Seorang Chegu yang berguru kan Mat Sabu sebagai guru sejarah.

Chegu Bard menulis dalam blognya mengatakan bahawa Bukit kepong adalah satu cebisan kecil bagaimana sejarah dipadamkan. Apakah  Chegu Bard tidak dapat membezakan apakah yang dipanggil sejarah. Apakah Peristiwa berdarah Bukit Kepong  kini tercatat dalam sejarah Negara, Itulah kalau berguru kepada Mat Sabu dan Mat Sabu pula berguru dengan Lim Guan Eng. Habis sejarah di robek mereka kerana sikap cemburu  kepada sejarah itu sendiri.

Ini semua adalah kerana mahu menganggungkan kaum Cina dan mahukan undi DAP, sehingga sanggup mempertikaikan sejarah untuk dimenangkan Komunis kaum DAPig didalam sejarah tanah Melayu. Apa di hairan dengan pemimpin PAS ini, hukum tuhan pun mereka boleh ubah , apakah sejarah.... kacang ba itu..

Monday, September 19, 2011

Badrul fitnah MB pula kononya hadir majlis anjuran Magnum.

Chegu Bard tak ada modal , dalam tulisannya di blog sampah yang menjadi kilang fitnah ,menyoal apakah boleh MB yang bertaraf Haji merasmikan pesta Tanglung yang di taja oleh Magnum . Pesta ini bukan di taja oleh Megnum sebenarnya , cuma Bard yang busuk hati ini mahu mengekplotasikan isu. Dah tak ada isu nak main.

Pesta tangkung Muhibah ini dianjurkan oleh  oleh Pengurusan Sg. Ujung Walk bergabung dengan 43 Persatuan Belia Cina dari seluruh Negeri Sembilan. Magnum hanya salah satu sponser yang menaja , mungkin menaja  khemah nak tahu cerita sebenar yang diputarkan oleh Chegu Bard. baca sini..

Inikan program persatuan kaum Cina yang mana mereka ini adalah rakyat Negeri Sembilan dan adalah dibawah kepimpinan YAB  Menterui Besar. Bila  PR buat program Cina mereka akan kata ini program Cina , judi untuk orang Cina. Sebenarnya Chegu Bard tak payah lah nak  membuka mulut kalau hanya sekadar mahu mengeluar fitnah.Sebagai seorang Menteri Besar adalah tanggung jawab Menteri Besar untuk bersama rakyat walaupun kaum apa sekali. Mereka tetap anak Negeri Sembilan dan Rakyat Negeri Sembilan.

Menteri Besar juga turut melawat dua ahli sukan Negeri Sembilan yang beragama lain dan bangsa lain yang telah meninggal dunia baru baru ini. Ini juga akan diekplotasikan oleh si mulut longkang ini nanti.lihat ini . Bezanya beliau tidka sama sama sembahyang cara pemimpin Pakatan Rakyat ketika melawat Teoh Beng Hock. Beliau hanya menziarahi keluarga mendiang dan ini amat terpuji kerana Menteri Besar tiba ketika  rakyat nya dalam kesedihan dan mendiang juga banyak berjasa kepada Negeri Sembilan.

Bardrul sebenarnya berasa gusar dan gentar apabila  masyarakat Cina dan India kembali menyokong BN  kerana Bard mahu bertanding atas tiket DAP dan mahu maraih undi kaum Cina. Kesihan si Badrul ini tak habis habis  nak tabur fitnah. Badrul juga rungsing kerana Menteri Besar kuat bekerja.

Chegu Bard terus tabur fitnah terhadap isteri Perdana Menteri

Chegu Bard cuba mengelirukan rakyat lagi apabila menyatakan bahawa dia tidak perlu memohon maaf sebaliknya mahu Rosmah tampil membuat penjelasan dan penerangan. Chegu Bard ingat semua orang bodoh. Mengapa Chegu Bard disaran memohon maaf???? Chegu Bard disaran memohon maaf kerana Rosmah sudah pun tampil membuat kenyataan , inilah yang di namakan sebagai bingai dan tidak faham bahasa.

Chegu Bard diminta untuk meminta  maaf atas penipuan dan fitnah yang telah dibuatnya terhadap isteri Perdana Menteri dalam isu Cincin yang ditulis oleh Raja Petra dalam laman web nya dan seperti biasa Chegu Bard yang ketandusan isu akan menyambut isu ini konon kononnya dia lah yang mendedahkan. Sama juga seperti isu komunis yang dipopularkan oleh Mat Sabu dan Chegu Bard lah yang beria ia menyambung nya.

Isu cicin ini hanya dietahui oleh Che Gu Bard hanya setelah dia membaca laman web  Raja Fitnah Raja Petra.CheGU Bard perlu meminta maaf setelah isteri Perdana Menteri mebuktikan bahawa cicin berkenaan bukanlah milik beliau dan ianya adalah milik bakal besannya ibu kepada seorang pembesar diluar negara.

hari ni i Chegu Bard mahu terus menyambung fitnahnya dengan menerbit buku yang kononnya di terbitkan oleh  sebuah pertubuhan haram SAMM yang mana hanya mempunyai beberapa kerat ahli hasil dari kekecewaan Chegu Bard terhadap PKR. Chegu Bard sekarang menggunakan  SAMM untuk bergerak kerana  akan keluar dari PKR dan mahu bertanding bawah DAP pada PRU akan datang bersama dengan seorang bloggers  Aspan Alias.

Sunday, September 18, 2011

Bendera Malaysia tiru bendera Amerika? Mat Sabu memang keras kepala...

Ketika isu penghinaan Mat Sabu ke atas pejuang negara masih menjadi bahan bualan, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Shah Alam (DAP), M. Manoharan membuka perhatian baru.


Beliau mendakwa pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa pada pilihan raya umum akan datang.


Kenyataan Manoharan dibuat menerusi Facebook miliknya kelmarin, mengundang bantahan banyak pihak termasuk rakan-rakannya dalam laman sosial itu.


Jadi naik bosan dengan tindakan seorang demi seorang pemimpin pembangkang menghina negara. Fakta sejarah dirobek, pengganas diagungkan, batik Malaysia diperlekeh dan pelabur dihasut jangan menanam modal di tanah air kita.


Kali ini, bendera pula menjadi sasaran.


Hujah Manoharan bahawa Jalur Gemilang meniru bendera Amerika Syarikat adalah dangkal. Lebih bahaya keghairahan untuk menukar bendera itu boleh memberi isyarat bahawa DAP akan menukar banyak lagi perkara termasuk asas kenegaraan seperti perlembagaan.


Bagaimanapun setelah menerima tekanan agar menarik balik kenyataannya, Manoharan memohon maaf sambil menyatakan bahawa dia warga yang patriotik.


Ketika Mat Sabu tetap berdegil enggan memohon maaf atas keceluparannya, Manoharan mengambil jalan keluar lebih bijak. 


Setidak-tidaknya beliau berani bertanggungjawab dan sensitif kepada respons orang ramai.


Apa yang dilihat, dakwaan dan kenyataan Mat Sabu jauh lebih serius berbanding Manoharan. Dalam hukum psikologi memohon maaf selepas melakukan kesilapan tidak akan menjatuhkan maruah seseorang, sebaliknya dilihat sebagai tindakan mulia. Apatah lagi pemimpin perlu bertanggungjawab kepada rakyat. Nampaknya banyak lagi yang Mat Sabu perlu belajar.


Sumber - Utusan Online.

Video berwarna Anwar tersiar...Ceramah Perdana Anwar Hambar, Ramai Angkat Kaki


Malam tadi ceramah Perdana di Stadium Bandaraya Pulau Pinang tidak mendapat sambutan.Nama nama besar dalam pakatan hadir memberi ceramah malangnya tidak mampu untuk menarik jumlah penonton yang ramai.


Anwar Ibrahim,Husam turut hadir.Menarik sekali apabila Guan Eng telah lari ke Singapura menaiki pesawat jam 9.15malam tadi.Dikhabarkan beliau tidak mahu dilihat bersama Anwar.


Para pemimpin DAP tidak mahu dilihat bersama Anwar kerana beliau adalah liabiliti kepada regim DAP Pulau Pinang.Apa yang dapat kita lihat,bagaimana chauvanis ultra kiasu DAP langsung tidak menghormati Anwar sebagai "anugerah tuhan" pakatan.Tetapi seperti biasa melayu haprak PKR dan khawarij PAS begitu sayang dengan bapak segala pembohongan si Anwar.


Yang hadir hanyalah pengemar kencing Anwar yang sanggup menadah kencing ditengah padang.Tak ramai yang hadir, tak sampai mencecah 500 orang pun, ketika Anwar berucap ramai yang meninggalkan stadium.Ketika itu Anwar dilihat mengelabah dan kerap tersasul.Habis semua orang disumpah seranahnya.
PAS seperti biasa menjadi hamba haprak pakatan menghantar hamba abdi Unit Amal untuk menjaga keselamatan dikawasan stadium kononnya hadirin dijangka datang amat ramai,tapi berakhir dengan lepak lepak diluar stadium sambil makan kacang.


Sumber: Pisau.net
Saksikan video seks terkini Anwar...


Friday, September 16, 2011

Hubungan Najib - Muhyiddin Yassin bermasalah untuk hapuskan UMNO ?

By Dr. Mahathir bin Mohamad on Saturday, 06 August 2011 at 10:02
1. Usaha sedang dibuat untuk melemahkan lagi UMNO supaya ia dapat dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13, bahkan jika boleh untuk menghancurkan UMNO sekarang ini juga.

2. Laporan dalam portal berita, oleh Muda Mohd Noor, mencerita berkenaan Penawar, sebuah badan bukan Kerajaan yang disertai oleh beberapa bekas ahli Parlimen UMNO yang kononnya tidak puas hati dengan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri.

3. Kononnya saya dibelakang gerakan untuk menaikkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengganti Najib.

4. Kesan dari laporan ini tentulah kecurigaan Najib terhadap timbalannya. Apabila Najib mempunyai sangkaan buruk terhadap Muhyiddin maka ahli-ahli UMNO pun akan berpecah dan memihak kepada Presiden atau Timbalan Presiden.

5. Pergolakan akan berlaku secara serius dalam UMNO dan ia akan menjadi lebih lemah untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

6. Terdahulu dari ini seorang pemberita semasa sidang akhbar telah bertanya kepada Najib samada dia lebih Melayu atau lebih Malaysian.

7. Soalan ini sengaja dibuat kerana Muhyiddin biasa mendakwa yang dianya lebih Melayu daripada Malaysian.

8. Sebenarnya soalan ini patut ditujukan kepada semua rakyat Malaysia, termasuk pemberita yang bertanya. Apakah rakyat Malaysia pelbagai keturunan lebih utama kaumnya atau lebih utamakan kerakyatan Malaysianya?

9. Ditujukan soalan ini kepada Najib ialah supaya dia menghadapi dilema. Jika dia menjawab dia lebih Melayu maka dia akan dituduh racist seperti tuduhan yang dilemparkan kepada Muhyiddin dan juga saya.

10. Sebaliknya kalau dia menjawab dia lebih Malaysian supaya tidak dituduh racist maka akan ternampak yang dia tidak secocok dengan timbalannya.

11. Jawapan Najib kepada soalan ini ialah dia tidak ingin dilihat tidak sependapat dengan timbalannya.

12. Secara tidak langsung ini bermakna dia lebih Malaysian, tidak seperti timbalannya yang menyatakan dia lebih Melayu. Sudah tentu ini akan menjadikan hubungan antara dua pemimpin UMNO lebih renggang.

13. Susulan daripada ini terdengar banyaklah berita angin berkenaan dengan renggangnya hubungan antara Najib dan Muhyiddin yang pasti akan memecahbelahkan UMNO lagi.

14. Hari ini terdapat banyak NGO Melayu ditubuh kerana ramai orang Melayu khuatir berkenaan dengan masa depan mereka. Pihak tertentu yang ingin mengurangkan sokongan Melayu kepada UMNO ingin menentukan NGO Melayu ini tidak berupaya mempengaruhi kepimpinan UMNO supaya terus mendapat sokongan orang Melayu.

15. Strategi pihak tertentu ini ialah dengan membuat tuduhan bahawa perjumpaan NGO ini sebenarnya bertujuan untuk menjatuhkan Najib, dan saya dan Muhyiddin adalah dalang yang bertanggungjawab, tentulah Najib akan mempunyai syak wasangka terhadap kami berdua dan NGO berkenaan.

16. Sekaligus laporan ini menakutkan Penawar dan NGO lain bahawa mesyuarat mereka akan disyaki oleh Najib bertujuan menjatuhkannya. Mereka juga akan terdedah kepada tuduhan yang mereka adalah orang Mahathir dan Mahathir ingin menjatuhkan Najib.

17. Dengan tuduhan-tuduhan dan laporan seperti ini maka orang Melayu akan takut berpolitik. Mereka akan terdedah kepada dakyah parti lawan yang memang pun ingin melihat mereka berpecah dan menjadi lebih lemah serta tidak dapat mempertahankan kepentingan orang Melayu sama sekali.

18. Saya ucap tahniah kepada mereka yang begitu cekap mengguna psikologi untuk menghancurkan UMNO dengan menimbulkan keraguan dan syak wasangka antara pemimpin-pemimpin UMNO dan ahli-ahlinya terhadap masing-masing dan terhadap kepimpinan UMNO sekarang.

19. Sebaliknya jika kita ingin tahu berkenaan siapa lebih Malaysian atau lebih utamakan kaumnya, kita patut tanya semua pemimpin-pemimpin semua parti politik dan NGO yag aktif dalam politik baik dari parti pemerintah ataupun parti lawan.

20. Mereka juga patut jelas apakah maknanya lebih Malaysian atau lebih utamakan kaum sendiri.

21. Saya sedar jawapan kepada soalan saya ialah saya racist (perkauman). Ini membuktikan ketandusan hujah yang boleh dikemukakan oleh mereka.

22. Saya pernah dilabel Malay ultra tetapi sepanjang saya menjadi Perdana Menteri apakah Melayu sahaja yang diberi layanan dan mendapat nikmat.

23. Apakah pembangunan Malaysia dihasilkan oleh orang Melayu semata-mata dan mereka sahaja yang meraih kekayaan.

24. Untuk tidak berat sebelah kita perlu mengumpul fakta yang benar berkenaan nikmat yang diperolehi rakyat Malaysia dan pembangunan Negara.

Thursday, September 15, 2011

Tiada lagi agihkan kerusi cara lama dalam BN?

bnmenangKETIKA berlangsungnya Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor tidak berapa lama dahulu, pelbagai desakan dibuat kepada UMNO agar parti itu bertanding di kawasan berkenaan dan bukannya meneruskan tradisi menyerahkannya kepada MIC.

Walaupun ketika itu ada ancaman bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan mendapat undi orang Melayu namun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tegas dengan pendirian beliau bahawa calon MIC tetap bertanding di situ.

Hujah Najib pada masa tersebut ialah kalau hendak mengharapkan ada kerusi yang majoriti pengundinya adalah kaum India maka sampai kiamat pun ia tidak berlaku.

Ternyata percaturan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN tepat, keharmonian dalam BN berjaya dipelihara dan kejayaan diraih melalui kemenangan calonnya, P.Kamalanathan.

Kini isu kerusi tradisi bergema lagi tetapi dalam perspektif lebih terbuka apabila MCA dan MIC sanggup bertukar kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu oleh BN pada pilihan raya umum akan datang.
Ia dengan jelas membuktikan bahawa dilema mempertahankan sesebuah kawasan pilihan raya itu sebagai kerusi tradisi sesebuah parti sudah sampai ke penghujungnya.

Apa yang lebih penting sekarang ialah memastikan Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti BN akan mampu mencapai kemenangan cemerlang tanpa mengira siapa juga calon dan daripada komponen mana ia wakili.
Seperti mana kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal apa yang penting ialah ahli parti harus berpegang kepada prinsip bahawa BN perlu memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dengan meletakkan calon yang benar-benar berkaliber.

"Kita perlu pastikan BN ada calon yang boleh menang dan itu tidak perlu datang dari parti mana-mana, kita tidak harus berpaut bahawa ia mesti dari parti kita, kita mesti pergi melangkaui semua, kerana suasana sudah berubah.

"Kita tidak harus mendesak bahawa ini kerusi kita, tradisi kita, kalau kita tidak berubah tidak mungkin kita akan dapat kejayaan," tegas Mohd.Shafie.

Sudah pastilah dengan sikap terbuka yang ditunjukkan oleh MCA dan MIC maka ia akan memudahkan Najib membuat pertimbangan dan perhitungan bagi memastikan BN meletakkan calon-calon yang benar-benar berwibawa bagi membela nasib rakyat.

Semangat yang ditunjukkan oleh MCA dan MIC ini sepatutnya dicontohi oleh semua anggota komponen BN yang lain kerana matlamat utama parti itu dalam pilihan raya umum nanti ialah terus memerintah.

Adalah sesuatu yang malang jika sesebuah parti komponen itu mahu mempertahankan sesuatu kawasan yang ditandinginya biar pun sudah kalah beberapa kali dengan alasan ia kerusi tradisi mereka.

Kekalahan yang dialami kadang kala bukan kerana calon pembangkang itu kuat tetapi disebabkan rakyat merasakan mereka mahu anggota komponen BN lain yang bertanding di situ.

Atas sebab itu, dalam membuat pemilihan bagi meletakkan calon, perkara pokok yang paling utama untuk dipertimbangkan ialah sejauh manakah calon itu boleh mendapat sokongan rakyat dan sekali gus memastikan kemenangan BN.

Dalam soal ini juga, sementara UMNO perlu menghormati anggota-anggota komponen BN lain, parti itu juga harus tegas mengambil semula mana-mana kerusi yang sebelum ini sudah diserahkan kepada orang lain.

Tidak perlu lagi ada sentimen menjaga hati kerana apa yang lebih utama ialah memastikan kemenangan BN. Sejarah sudah membuktikan bagaimana ada kawasan tertentu yang sepatutnya dimenangi oleh BN tetapi akhirnya tewas kerana UMNO menyerahkan kepada orang lain untuk bertanding.

Dalam masa yang sama, UMNO juga perlu ada keterbukaan untuk menyerahkan kerusi miliknya jika sesuatu kawasan itu lebih membuka peluang cerah kepada komponen lain seperti MCA atau MIC untuk memenanginya.

Perkiraan itu perlu dilakukan tanpa menghakis penguasaan UMNO dalam BN kerana ada sesetengah kawasan biar pun majoriti pengundinya adalah Melayu tetapi sokongan kepada UMNO tidak padu.
Kesudahannya apabila undi orang Melayu berpecah, maka ia memberi kelebihan kepada calon bukan Melayu daripada parti pembangkang yang bertanding di kawasan berkenaan mencapai kemenangan.

Oleh itu sentimen kerusi tradisi yang tidak memberi manfaat kepada BN harus diletakkan noktahnya. Apa yang lebih mustahak sekarang ialah untuk memastikan BN tidak terus mengalami nasib malang seperti mana berlaku pada pilihan raya umum 2008.

Begitu juga dalam soal pemilihan calon, sama ada UMNO mahupun komponen BN lain mereka perlu akur dengan kriteria yang ditetapkan oleh Perdana Menteri iaitu calon boleh menang.

Tiada gunanya jika komponen BN meletakkan seseorang calon hanya disebabkan dia mempunyai jawatan di peringkat bahagian atau dalam parti tetapi kesudahannya tewas.

Biarlah seseorang calon itu tidak popular di dalam parti atau tidak mempunyai apa-apa jawatan di peringkat bahagian asalkan ia mampu membawa kemenangan kepada BN.

Kriteria utama yang harus diambil kira bukannya soal popular di kalangan ahli parti tetapi sejauh manakah individu itu diterima oleh rakyat kerana yang akan membuat perhitungan penentu ialah rakyat terutamanya pengundi atas pagar.

Namun begitu ia bukan bermakna semua individu yang ada jawatan di peringkat bahagian atau parti perlu digugurkan, jika individu itu sememangnya popular di kalangan rakyat di kawasannya maka inidvidu itu perlu diberi peluang untuk bertanding.

Lebih penting daripada itu harus ada keberanian di kalangan pemimpin-pemimpin komponen BN terutamanya pengerusi perhubungan negeri untuk menggugurkan mana- mana calon yang sudah ditolak oleh rakyat.
Tetapi penilaian yang dibuat mestilah berasaskan kepada kehendak dan nurani rakyat, bukannya kerana perselisihan politik dalaman.

Ia kerana jika penilaian dibuat melalui cara sedemikian ia sudah pasti akan membangkitkan permusuhan yang boleh mengakibatkan berlaku sabotaj sesama sendiri.

Namun begitu seandainya pemilihan calon itu dilakukan berasaskan kepada populariti dan kemahuan rakyat maka tiada apa yang harus dibimbangkan kerana sejauh mana pun usaha sabotaj hendak dilakukan akhirnya keputusan adalah di tangan rakyat.

Kesimpulannya, Pilihan Raya Umum Ke-13 bukanlah masa untuk bernostalgia dengan kerusi tradisi atau mempertahankan mana- mana individu, sebaliknya ia adalah penentu kepada survival politik BN.

Berdasarkan kepada keadaan itulah pujian harus diberikan kepada MCA dan MIC yang sanggup bersikap terbuka dalam soal ini kerana mereka memahami siapa pun menang, selagi dia adalah calon daripada komponen BN maka tidak akan ada mana-mana kaum dipinggirkan.

Sumber -15/9/2011 -Utusan

Wednesday, September 14, 2011

Episod-episod pembohongan PAS..

BAGI menutup malu Pas kerana terhimpit dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah gereja 3 Ogos lalu, Datuk Mustafa Ali cuba mengalih pandangan dan menuduh UMNO sebagai dalang di sebalik isu itu. Bagi UMNO Selangor, ini satu pembohongan, dan sudahpun memulakan proses menyaman Setiausaha Agung Pas itu.
Dalam pada itu, seorang pemimpin Pas, Dr. Che Rosli Che Mat menyelar Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh kerana banyak mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai projek pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng. Che Rosli, seorang pakar sains nuklear, mendapati Fuziah menggunakan fakta palsu. Che Rosli juga mengkritik Harakah kerana menyiarkan laporan tidak benar. Tapi Penerangan Pas Pusat dan kalangan pemimpin Pas tidak senang dengan tindakan Ahli Parlimen Pas Hulu Langat ini. Ini semua bermaksud apa? Pas lebih senang rakyat terus dibohongi dengan maklumat palsu daripada diberikan fakta sebenar.

Terbaru, Jamilah Abu Bakar, yang melihat ibu bapa dan adiknya ditembak komunis 61 tahun lalu, memberitahu bahawa Naib Yang Dipertua Pas Pulai, Zaaba Ibrahim, telah memperkenalkan diri sebagai seorang pegawai kerajaan semasa melawat ke rumahnya Ahad lalu bagi pihak Mat Sabu. Jirannya, Mokhtar Jalok, 72, berkata pemimpin Pas itu berbohong kerana dia kenal Zaaba bukan kakitangan awam tapi peniaga besi buruk.

Jamilah dan keluarganya tidak mahu berjumpa Mat Sabu kerana sakit hati dengan pembohongan Timbalan Presiden Pas itu mengenai peranan dan jasa pahlawan Melayu yang menentang komunis. Mat Sabu berkeras mengatakan komunis adalah wira, seolah-olah polis dan tentera adalah tali barut British.

Sebelum ini, Mat Sabu terbabit dalam kontroversi pasca-Bersih. Dia mendakwa cedera dilanggar kereta polis. Rakaman polis yang ditonton jutaan penduduk Malaysia menerusi TV menunjukkan beliau tidak dilanggar kereta polis, malah jatuh longkang kerana motornya terbabas. Dia menafikan versi polis tapi ramai percaya dia berbohong.

UMNO tidak perlu berbuat apa sebenarnya. Sejak akhir-akhir ini, pemimpin Pas seperti Mat Sabu dan parti pembangkang lain bagaikan menggali kubur sendiri atas percakapan dan tindakan yang menyakiti hati rakyat. Episod terbaru ini pasti menyebabkan Pas kehilangan banyak sokongan dan undi orang Melayu.

Padahal Pas beria-ia benar mahu menggantikan UMNO sebagai parti tunggal orang Melayu dan pernah menguar-uarkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai bakal Perdana Menteri. Ini sekadar mimpi kerana Pas sudah menjadi parti terkecil dalam Pakatan Rakyat. Hakikatnya, populariti UMNO semakin melonjak dan Pas pula merudum.

Hari ini, UMNO mempunyai 79 kerusi di Parlimen, Pas hanya ada 24 sahaja. UMNO juga memenangi empat pilihan raya kecil berturut-turut, mengalahkan calon Pas di Galas (4 November 2010), Tenang (30 Jan. 2011), Merlimau (6 Mac 2011), dan Kerdau (6 Mac 2011). Undi yang Pas perolehi di DUN-DUN bermajoriti Melayu dalam Pilihan Raya Kecil 2010 dan 2011 semuanya semakin menguncup berbanding yang diperolehinya pada 2008.

Bilangan kerusi Pas di Parlimen adalah paling sedikit. Apabila bersekongkol dengan DAP dan PKR bermakna Pas tidak mungkin lagi dapat bertanding kerusi Parlimen yang mencukupi dalam pilihan raya untuk membolehkannya menjadi parti terbesar di Dewan Rakyat. Ini juga bermakna sampai bila-bila pun Pas tidak boleh menubuhkan negara berkebajikan. Inilah realiti yang harus disedari semua ahli dan penyokong Pas.

Ramai berkata, punca populariti Pas menjunam sekarang adalah kerana kerjasama politiknya dengan PKR dan DAP. Pemimpin Pas pernah menyatakan kesanggupan bekerjasama dengan sesiapa saja, waima syaitan, untuk menjatuhkan UMNO. Belum sempat berpakat dengan syaitan, baru dengan PKR dan DAP pun, Pas sudah longlai dan tidak konsisten dalam perjuangannya. Kerana mahu ambil hati kawan, Pas sanggup gadai prinsip perjuangan.

Kerana ingin mengecap sedikit kuasa, Pas tidak lagi mempertahankan konsep Negara Islam, tidak bercakap mengenai hukum hudud, malah bersekongkol dalam soal penjualan arak, judi dan rumah urut di Selangor. Untuk pilihan raya umum 2004 dan 2008, Pas tidak lagi mengangkat Dokumen Negara Islam seperti 1999, tapi menjunjung pula Buku Jingga, yang sarat dengan janji palsu yang tidak tertunai.

Janji palsu terbesarnya ialah hudud. Pas menentang UMNO di Kelantan pada 1990 dan Terengganu pada 1999 kerana tidak melaksanakan undang-undang Islam. Bila dapat memerintah, Pas memberi pelbagai alasan kenapa tidak melaksanakan hudud. Antaranya, sekatan Kerajaan Persekutuan, mahu memberi masa kepada rakyat terutama bukan Islam memahami konsepnya dan tidak cukup pelaksana seperti peguam dan hakim.

Sebagai Menteri Besar Terengganu, Abdul Hadi pernah berkata hudud tidak penting untuk dilaksanakan kerana ia cuma 0.00001 peratus daripada syariah Islam. Di muktamar Pas ke-57 lalu, dia baru sedar negara Islam tidak disebut dalam al-Quran. Dalam keadaan sekarang, kerana bersekongkol dengan PKR dan DAP yang sememangnya menolak undang-undang syariah, maka janji Pas ini tidak akan tertunai sampai bila-bila.

Dan dalam keadaan beginilah, bagaikan orang mabuk baru bangun tidur, Pas membuat kenyataan mahu kembali mempertahankan hak orang Melayu meskipun selama ini menolak perjuangan berasaskan bangsa. Dulu, Pas menolak hak keistimewaan orang Melayu. Pas juga menolak Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang banyak menyumbang kepada peningkatan sosio-ekonomi orang Melayu. Adakah Pas sudah berubah sikap dan pendirian mengenai kedua-dua perkara ini? Bolehkah orang Melayu mempercayai Pas lagi? Pemimpin Pas kutuk bangsa sendiri, malu jadi Melayu kononnya. Pas anggap orang Melayu yang tidak menyokong calonnya sebagai jahiliah. Sejak 1950an lagi orang Melayu dikafirkan, dan masyarakat Melayu berpecah-belah kerana fatwa yang songsang. Mat Sabu pula menghina pemimpin Melayu seperti Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak serta anggota keselamatan, yang sebahagian besarnya Melayu, menentang komunis untuk mencapai kemerdekaan.

Kenapa tiba-tiba Pas mahu jadi jaguh perjuang orang Melayu? Jika benarlah Pas sungguh-sungguh hendak menjadi parti mewakili Melayu, kenapa Pas tidak memperjuangkan hak orang Melayu di Pulau Pinang, yang dilayan bagaikan orang Melayu di Singapura, dan di negeri-negeri lain? Kenapa pemimpin Pas sanggup 'bisu dan pekak' walaupun DAP sering mengganggu gugat urusan agama Islam?

Malah, dalam kertas kerjanya di Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa - Jaminan Pas pada 19 Februari lalu, Abdul Hadi sangat kabur dalam penjelasannya mengenai pengupayaan bangsa Melayu. Tiada saranan khusus bagaimana meningkatkan keupayaan dan penguasaan orang Melayu. Dia cuma berkata perjuangan Pas untuk memakmurkan "seluruh penghuni bumi termasuk binatang dan alam sekitar."

Pas jelas adalah sebuah parti oportunis, dan hanya gilakan kuasa. Dulu Pas mahu lelong Putrajaya, sekarang mahu menguasai Putrajaya pula. Tapi Pas tahu bahawa ia akan kehilangan kira-kira 34 kerusi Parlimen jika gagal mendapat semula sokongan pengundi Melayu dalam PRU-13 nanti. Kerana itulah ia mahu kembali menjadikan pengundi Melayu sebagai 'power base'nya.

Pada 2008, hampir semua kawasan yang Pas berjaya catat prestasi baik adalah di kawasan majoriti bukan Melayu. Oleh itu, bila nak undi orang Cina dan India, dia kata tidak bangga jadi Melayu.

Bila nak undi Melayu, dia sebut Ketuanan Islam pula. Kononnya pemimpin UMNO tidak Islamik, kepimpinan negara mewarisi pemikiran penjajah dan akan menerima nasib yang sama seperti pemimpin Mesir dan Tunisia.

Pemimpin Pas apabila bercakap, sering merujuk diri dan kerja mereka dengan apa yang dibuat oleh Nabi Muhammad SAW. Kelantan pula disebut sebagai Serambi Mekah, dan Kota Bharu pula sebagai Kota Islam. Ini adalah strategi melengkapkan gambaran Islamik kepada pemimpin Pas dan negeri yang mereka perintah.

Tapi di manakah Islamiknya pemimpin Pas jika suka berbohong dan cakap berbelit-belit? Apakah merit parti yang menggunakan nama 'Islam' tapi memberi janji palsu, memberi gelaran buruk dan hina Muslimin lain? Ingatlah, Nabi Muhammad menggunakan agama untuk mengislamkan orang-orang kafir. Tapi Nik Aziz dan Abdul Hadi menggunakan agama untuk mengkafirkan orang yang sudah Islam. Itu bezanya.

Sumber : AD

Tuesday, September 13, 2011

Mat Sabu enggan komen perbualan berunsur seks ::::::NO KOMEN::::::

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu enggan memberi sebarang komen berhubung rakaman perbualan telefon berunsur seks di laman YouTube yang didakwa suaranya dengan seorang wanita.


"No komen," katanya kepada sekumpulan wartawan yang hadir pada jamuan hari raya anjuran Pas Pusat di Taman Melewar petang semalam seperti dipetik di http://www.agendadaily.com. hari ini.
Menurut portal berita AgendaDaily itu, Mohamad atau Mat Sabu menyebut perkataan tiada komen sebanyak tiga kali apabila wartawan bertanya kepadanya tentang isu tersebut.

Soalan pertama yang ditanya ialah sama ada beliau sudah mendengar rakaman itu dan dijawabnya tiada komen.

Beliau juga menjawab tiada komen apabila ditanya sama ada mahu menafikan suara di dalam rakaman itu atau sebaliknya.

Sekali lagi Mat Sabu berkata tiada komen ketika ditanya mahu menyaman pihak yang menyiarkan rakaman itu.

Portal berita tersebut mendakwa, nadanya agak serius apabila menjawab soalan yang ketiga itu.

Sebelum ini Mohamad dan Normah Abdul Halim pernah ditahan atas tuduhan berkhalwat kerana berdua-duaan di bilik 121 Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.

Bagaimana kedua-duanya dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan tersebut kerana kekurangan bukti.

Normah pada masa itu berstatus isteri orang.

Ikuti paparan di video ini:

Monday, September 12, 2011

Tak cukup lagi Mat Sabu ni... Sarjan Hassan pulak???

Selepas mendakwa komunis sebagai hero dan menuduh filem Bukit Kepong sebagai satu pembohongan sejarah, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kini mempersoal pula penayangan filem Sarjan Hassan.

Ini kerana menurut Mohamad, setiap kali tiba sambutan Hari Pahlawan, stesen televisyen akan berlumba-lumba menayangkan filem itu yang dibintangi oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Tan Sri Jins Shamsudin.

Beliau mendakwa, biarpun watak Sarjan Hassan yang dilakonkan oleh P. Ramlee merupakan seorang yang baik dan setia, namun dia berkhidmat untuk ketuanya iaitu orang Inggeris dan melawan Buang yang menjadi ejen Jepun.

"Saya suka filem ini tapi tak perlulah tayang pada Hari Pahlawan saja. Tayanglah pada hari lain sebab Hassan yang baik adalah ejen British, manakala Buang yang jahat dilakonkan oleh Salleh Kamel adalah ejen Jepun, jadi dua-dua wakili penjajah.

"Kenapa tak buat filem yang menceritakan tentang pejuang kemerdekaan tanah air yang sebenar dan adakah penapis filem kita tak izinkan cerita-cerita macam itu," katanya ketika berucap di Juru, dekat sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Mohamad terus mempertahankan dakwaannya bahawa Mat Indera yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong adalah hero sebenar dan bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Jelasnya, jika Allahyarham Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman dianggap sebagai pejuang kemerdekaan, nama-nama seperti Ishak Muhammad (Pak Sako), Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaacob dan beberapa orang lagi nasionalis Melayu tidak harus dilupakan.

"Selain itu, sekiranya Rashid Maidin dan Abdullah CD adalah penggerak komunis dan pemberontak, kenapa ada pihak di kalangan UMNO sendiri yang sudi membantu mereka?" katanya.

Justeru katanya, sejarah memang perlu diubah dan banyak yang perlu diceritakan kepada generasi muda agar mereka memahami apa yang tersirat di sebalik sejarah negara.

Saturday, September 10, 2011

Hindar aktiviti cenderung tentang kerajaan



Mohamad Hasan memberi kata-kata semangat kepada sebahagian pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke Asia Barat selepas Majlis Perasmian Penutupan Program Intensif Timur Tengah 2011 di Seremban, semalam.



Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) memberi ingatan kepada para pelajar yang akan dan sedang melanjutkan pelajaran mereka di Mesir supaya menghindari sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh sebuah persatuan yang dilihat cenderung menentang kerajaan.

Pengerusi MAINS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, persatuan yang masih bergerak aktif itu dipercayai giat menjalankan aktiviti dengan mendoktrinasi para pelajar melalui aktiviti-aktiviti orientasi yang dijalankan selama dua hingga sebulan.

''Mereka ini adalah pelajar yang telah gagal dalam peperiksaan dan tidak pulang ke Malaysia. Sebenarnya mereka ini adalah penyokong dan bergabung dengan parti pembangkang untuk menghasut pelajar lain untuk membenci kerajaan.

''Oleh sebab itu kita tidak membenarkan para pelajar negeri ini menjadi ahli kepada persatuan itu sebab kita mempunyai Badan Kebajikan Anak-Anak Negeri Sembilan selain pegawai pentadbir yang menjaga dan memberi bantuan kepada mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Penutupan Program Intensif Timur Tengah 2011 di Klana Resort dekat sini, hari ini yang turut dihadiri Ketua Hakim Syarie negeri, Mohd. Shukor Sabudin dan Setiausaha MAINS, Kamal Amran Kamarudin.

Dalam pada itu, Mohamad yang juga Menteri Besar juga mahu supaya pencapaian pelajaran para pelajar di tiga buah negara meliputi Mesir, Jordan dan Maghribi dapat diteruskan memandangkan masih ada ruang yang perlu diperbaiki.

''Walaupun para pelajar kita antara yang terbaik di sana namun kita perlu mencapai matlamat yang kita sasarkan kerana masih ada lagi para pelajar yang gagal dalam peperiksaan terutamanya mereka yang berada pada tahun pertama.

''Oleh kerana itulah saya nasihatkan mereka supaya menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan kita telah pun menyediakan segala keperluan yang mereka inginkan agar pencapaian yang kita sasarkan diperoleh," katanya.

Pada majlis berkenaan, Mohamad turut menyampaikan sijil dan sumbangan wang pendahuluan dari MAINS kepada lebih 40 orang pelajar negeri ini yang akan melanjutkan pelajaran di Mesir, Jordan dan Maghribi.

Friday, September 9, 2011

KES LIWAT ANWAR IBRAHIM !!! PAKAR LUAR NEGARA YANG ANWAR UPAH DAH BUNTU !!!

Pendakwa dalam perbicaraan kes liwat terhadap Anwar Ibrahim hari ini membangkitkan Kemungkinan sperma sengaja dimasukkan ke dalam dubur pengadu.oleh itu berkemungkinan ada orang ketiga yang mempunyai akses kepada sperma tertuduh.Peguamcara 11,Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin bertanyakan soalan tersebut kepada saksi ketiga pihak pembela,Dr David Wells iaitu pakar patologi forensik Australia yang diupah oleh Anwar untuuk mengelirukan kes ini mengenai kemungkinan tersebut.

Kemungkinan itu ditimbulkan oleh Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin ekoran dakwaan pihak peguambela Anwar bahawa berlaku pencemaran dan gangguan keterangan mengenai bagaimana sperma itu boleh masuk ke dalam dubur pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Yusof : Jika seseorang memasukkan sperma itu,dia mesti ada sperma orang berkenaan ???

Wells : (berfikir seketika) Perkara ini saya serahkan kepada pakar DNA.


Ahli kimia,Dr Seah Lay Hong,dalam keterangannya sebelum ini berkata,beliau menemui sperma dari sampel air mani yang diambil dari dubur Saiful.Seorang lagi ahli kimia,Dr Nor Aidora kemudiannya mendakwa beliau membandingkan DNA tersebut dan mendapati ia milik Anwar.Wells juga ditanya mengenai jangka hayat sperma, dan menurutnya ia boleh bertahan antara 36 dan 48 jam.

"Saya tidak selesa jika mengambil sampel selepas 36 jam," katanya.


Dalam kes Saiful,sampel tersebut diambil dalam sampel dalam 56 jam - iaitu dua hari - selepas kejadian liwat itu didakwa berlaku apabila dia pergi ke Hospital Kuala Lumpur

SELESA ATAU TIDAK ITU ADALAH KERJA PAKAR !!!

NAK PUSING KENYATAAN LAGI PAKAR YANG ANWAR UPAH DARI AUSTRALIA NI !!!

YANG PENTING SUDAH TERBUKTI ANWAR IBRAHIM MELIWAT SAIFUL !!!

Thursday, September 8, 2011

"Mat Sabu cakap banyak", kata Tun M.


PAS mempamerkan gelagat sebenar perjuangan mereka berhubung isu kemerdekaan dan anggota keselamatan negara menerusi kenyataan kontroversi Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemimpin Pas, mengikut kepercayaan mereka, menolak peranan Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar dalam sejarah kemerdekaan negara.


“Kenyataan Mohamad Sabu itu, dia bercakap banyak, dan oleh itu, kita tahu apa yang terdapat di lubuk hati mereka, dan memang itu perjuangan sebenar mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Majlis Ilmu Wacana Pemikiran Bersama anjuran kerajaan negeri Melaka dan Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep) di Seri Negeri, Ayer Keroh pada Rabu.


Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Eksekutif Pertubuhan Melayu Kreatif Malaysia (Pemimpin) Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah.


Kenyataan Mohamad Sabu di Tasek Gelugor 21 Ogos lepas juga menyifatkan Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaya, yang menyerang Bukit Kepong sehingga mengorbankan 25 perajurit dan keluarga mereka pada 1950, sebagai wira atas alasan mangsa yang terbunuh adalah polis penjajah British.


Ditanya sama ada tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Timbalan Presiden PAS itu, Dr Mahathir berkata ia terpulang kepada kerajaan.


Beliau berkata PAS sebelum ini memperjuangkan negara Islam, namun kemudian menggugurkannya, dan tindakan sama turut dilakukan berhubung hukum hudud.


“Rakyat harus tahu perjuangan sebenar PAS kerana kalau tidak, rakyat akan tertipu sepanjang masa,” katanya.

Sumber: N9kini.com

Orang kampung dah tahu ASPAN ALIAS dah jadi Ahli DAP.

Apa nak jadi ni bang kata seorang kawan apabila membaca sebuah blog Jebat berkokok dan bertanyakan kepada PNS siapakah bloggers yang dikatakan mahu bertanding atas tiket DAP.  PNS kata  Aspan Alias. Katanya dia hanya mahu konfirmkan kerana sememang dia tahu ASPAN YANG CUBA MENCARI PELUANG UNTUK BERTANDING ATAS TIKET DAP. baca ini

kata kawan saya lagi, nak jadi apa ni bang, saya hanya menjawab , jadi apa , kita tunggu dan lihat. apa yang nak dirisaukan Aspan ni mahu7 bertanding bawah tiket DAP , Biarlah... itu hasratnya. Kalau DAP mahu ambil Aspan bertanding bawah tikit DAP , bagus juga.  Ada ke orang yang mahu undi Aspan ini. Aspan hanya bertanding atas dendam dan kepentingan diri saja,

Hari ini Aspan sama dengan Chegu Bard mahu menghidupkan  pengaruh komunis. Chegu Bard mahu hidupkan semangat bintang 3 di Rembau di kalangan ahli ahli  SAMM yang tidak beberapa kerat itu.  Aspan di dalam blognya menyokong dan membela Mat Indera . Mat Sabu cuba mebela Mat Indera disokong oleh DAP , Chegu Bard dan juga Aspan Alias ahli DAP Melayu Negeri Sembilan.

Tak perlu risau dengan Aspan Alias yang kini jadi ahli DAP Melayu bersama dengan Chegu Bard , mereka ini hanya jadi kuda Anthony Loke saja untuk mendapat sokongan Melayu dan pembuka pintu kepada DAP untuk ke kampung kampung bertemu pengundi Melayu. Tiba masanya kedua kedua ini akan ditolak apabila DAP mencapai cita cita mereka.

Mat Indera Ketua Rejimen ke-10 yang kejam



Ahmad Indera atau Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.


Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata lagi, berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) dengan sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.

"Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan.


"Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Bagaimanapun, Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan Johor di sini hari ini.

Abdul Ghani berkata demikian bagi mengulas tindakan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, yang dengan yakin mempertahankan kenyataannya (Mat Sabu) bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong adalah pejuang kemerdekaan sebenar.